Saturday 25 May 2013

MUNSYI ABDULLAH

Munsyi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir (dilahirkan pada 1797, Kampong Pali (sekarang Kampung Masjid), Melaka . beliau meninggal dunia pada Oktober 1854 di Jeddah, Arab Saudi). Beliau anak kelima dan keempat orang abangnya telah meninggal dunia ketika masih kecil. Semasa hayatnya, Abdullah menjadi guru bahasa dan penterjemah yang mahir Bahasa Arab, Tamil, Hindustani, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Karyanya ‘Hikayat Abdullah’ mengenai kehidupan seharian di Malaya telah diterbitkan pada 1849. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kesusasteraaan Melayu Moden' dan merupakan orang Melayu pertama yang menerbitkan buku.
Beliau dibesarkan oleh ayahnya Sheikh Abdul Kadir, seorang yang alim dan berketurunan Arab-India. Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke Sekolah Al-Quran Kampong Pali. Ayahnya memastikan beliau belajar dengan tekun dan dihukum sekiranya tidak mampu menulis dengan sempurna. Pada waktu itu, beliau menyalin Al-Quran dan menterjemahkan sebuah buku Arab ke Bahasa Melayu. Ketika berusia 11 tahun, Abdullah mendapat wang dengan menulis teks Al-Quran. Dua tahun kemudian, Abdullah mengajar agama Islam kepada askar-askar pasukan India yang berkhidmat di Kota Melaka. Minatnya membaca manuskrip Melayu mendorongnya untuk mendalami bidang itu.
Stamford Raffles yang tiba ke Melaka pada 1810, menggaji Abdullah sebagai seorang penterjemah. Beliau mencatat serta menyalin cerita sastera dan manuskrip Melayu untuk dikumpulkan oleh Raffles. Pada tahun 1811, ketika berusia 14 tahun, Abdullah sudah dikenali sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dan berpengetahuan luas.  Pada 1815, Abdullah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Abdullah belajar Bahasa Inggeris daripada Rev. Milne, seorang pendakwah Kristian yang akhirnya melantik Abdullah sebagai guru Bahasa Melayunya. Kemudian pada 1818, Abdullah menyaksikan peristiwa meletakkan batu asas untuk Kolej Anglo-Cina oleh Major William Farquhar di Melaka.
Empat tahun selepas itu, Abdullah tiba di Singapura dan mengajar Bahasa Melayu kepada askar India, pendakwah Britain dan Amerika serta menjadi setiausaha peribadi Raffles. Sekitar 1840-46, Abdullah menulis kisah hidupnya sendiri. ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan’ menceritakan pengalaman tahun 1837 semasa belayar dari Singapura ke Kelantan. Manakala ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri Jeddah’ telah diterbitkan setelah beliau meninggal dunia.


KARYA.

Syair Singapura Terbakar 1843
Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835)
Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
Dawai-Kulub (1838)
Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
Hikayat Abdullah (1843)
Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).
Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838)
Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9).
Syair Singapura Terbakar (1843)
Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?)
Malay Poem on New Year’s Day (1848)
Ceretera Kapal Asap (1843)

Ceretera Haji Sabar ‘Ali (1851)[1]

No comments:

Post a Comment